Feb 4, 2009

Pelan Ke Nusantara Homestay and Spa Village

Dari Kota Bharu anda ke Kubang Kerian samada melalui Jalan Sultan Yahya Petra atau Jalan Bayam anda akan menemui Hospital USM. Kedudukan Nusantara Homestay terletak di Selatan USM di Jalan Raja Perempuan Zainab 2.
Simpang berdepan dengan Mc B Cafe melalui Pintu Gerbang DMG memasuki Lorong Kg. Demit dan ada papan tanda petunjuk arah ke Nusantara Homestay. Atau jika dari Jalan Sultan Yahya Petra terus ke Jalan Wakaf Stan atau Jalan menuju Bachok dan sebelah kiri anda akan nampak bangunan 2 tingkat Wisma Haminah. Masuk ikut tepi Kedai Roti Sentosa dan terus hingga ada papan tanda ke Taman Paya Kenali dan Nusantara Homestay dan belok kiri atau tel. 019-9880171 /012-9672638

3 comments:

Andy said...

Assalamualaikum Abehab,
Saya biasa menginap di Min Homestay. Adakah Nusantara ini berdekatan dengan Min Homestay. Pada masa cuti sekolah bulan Jun ini ada lagi tak kosong. (1-7 hb. Jun)

Abehab said...

Terimakasih Andy kerana berminat dengan Nusantara Homestay. Walaubagaimanapun kami memohon maaf kerana kami cuma ada kekosongan pada 2 hingga 4 hb. Jun kemudian 6 hingga 9 hb. sahaja.
kedudukan Nusantara Homestay tak jauh dari Min Homestay. Kedudukan kami berhampiran pagar USM kampus Kesihatan Kubang Kerian. Hanya lebih kurang 900meter dari pekan Kubang Kerian. dekat dengan restoran-restoran tempatan dan Western. (Mac B Cafe, Klasic Kopitiam, Restoran de Village, KFC, Pizza Hut, Ayam Mas, Safura, Sue Tom Yam, Roti Canai Gear Box dan lain-lain restoran makanan tempatan.)

Anonymous said...

31 ogos ni available tak