Feb 3, 2009

Istimewa : BBQ dan Jamuan 'Gathering'



Di Nusantara Homestay peralatan BBQ juga disediakan untuk para penginap bersantai menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan-rakan semasa melancung di Kota Bharu ini. Ikan dan sotong segar dari Laut China Selatan sentiasa menunggu anda untuk diratah.

2 comments:

Balqis said...

Saya ingin bertanya berapa ramai boleh muat dalam banglo Nusantara homestay. Adakah terhad kepada beberapa orang sahaja. Tengok dalam gambar boleh buat BBQ dan gathering betul ke? Adakah extra caj jika kita ingin buat gathering di situ.?
Bulan Jun nanti (cuti sekolah kami bercadang ke Kelantan. 15 orang) Pergi dengan Bas Tran nasional. Katanya stesyen bas tersebut dekat kubang Kerian juga. Adakah khidmat sewa van dan kereta di sana.

Abehab said...

saudari Balqis,
terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan Balqis amat selesa untuk 10 orang dengan katil dan tilamnya serta selimut sekali.
Pernah satu bas biasa tinggal di sini. Tetapi terpaksa tidor di ruang tamu dan ruang keluarga. Dan terpaksa berkongsi bilik air jika ramai. Tiada caj dikenakan jika tidak menggunakan kemudahan seperti bantal, selimut dan lain-lain.
Memang ada disediakan peralatan untuk BBQ tanpa caj. Ada dapur untuk anda memasak dan menyediakan ramuannya. Memang menjimatkan dan anda enjoy di sini. Tiada gangguan dari orang luar. Dalam kompaun berpagar dan privacy. Boleh bersauna herba di Nusantara Herbal Spa Village sambil menikmati hidangan anda.
Tempat kami hanya lebih kurang 700 meter dari Stesyen Induk Tran Nasional.(Kubang kerian). Anda hanya beritahu pemandu yang anda hendak turun di Stesyen SKMK Kubang Kerian, kami akan menjemput anda.
Perkhidmatan Sewa kereta terdapat berhampiran dengan homestay kami. Jika anda berminat kami akan berikan nombor telefon untuk anda berurusan terus dengan mereka.